Pages

Wednesday, June 25, 2014

Gadis putus cinta gantung diri pada pokok tempat temu janji pertama





CUMBRIA, Britain - Seorang pelajar perempuan yang kecewa selepas ditinggalkan oleh teman lelakinya bertindak menggantung diri di tempat yang sama mereka mula-mula melakukan temu janji pertama.
Pelajar itu, Helena Farrell, 15, (gambar) ditemui mati dalam keadaan tergantung di pokok berdekatan rumahnya bersama-sama dengan lagu nyanyian kumpulan popular Britain, Coldplay yang masih dipasang.
Dalam satu inkues di Dewan Daerah Kendal di sini, remaja itu yang merupakan anak kepada seorang doktor disifatkan sebagai gadis yang bijak, pintar, cergas dan penyayang selain mempunyai bakat menyanyi.
Menurut bapanya, Enda Farrell, 56, Helena berpindah ke Sekolah Kirkbie Kendal selepas dia dibuli di sekolah lama kerana mempunyai rambut berwarna merah dan kemudian berkenalan dengan seorang pelajar lelaki, Billy Williams yang lebih tua setahun daripadanya pada 2012.
Pasangan itu membuat temu janji pertama di bawah sebatang pokok yang terletak kira-kira 800 meter dari rumah Helena di Kendal.
William bagaimanapun memutuskan hubungan mereka tidak lama selepas itu dan Helena ada menyatakan dalam Facebooknya bahawa hatinya begitu terluka.
Willian semasa memberikan keterangannya pula berkata, pada hari kematian gadis itu, Januari tahun lalu, dia ada menerima mesej bahawa Helena mahu menemuinya di tempat pertama kali mereka berjumpa.
Katanya, dalam mesej itu, Helena berkata: "Selamat tinggal... terima kasih untuk segala-galanya".
Bersama mayatnya, Helena turut meninggalkan satu surat mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga dan rakan-rakannya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz35bForWYr 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment