Pages

Friday, May 30, 2014

Sepertiga dunia gemuk


Menurut satu kajian terbaru lebih dua bilion penduduk di seluruh dunia mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
Kadar tertinggi dicatatkan di Asia Barat dan utara Afrika dengan 60 peratus lelaki dan 65 peratus wanita gemuk.

Selain itu, Amerika Syarikat pula mempunyai 13 peratus populasi gemuk dunia, satu jumlah yang tinggi berbanding negara lain.
Foto
GAMBAR hiasan.

Jumlah penduduk gemuk yang digabungkan di China dan India hanya 15 peratus.
Seorang pakar dari Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Universiti Washington, Christopher Murray menyifatkan keadaan itu sebagai ‘menggerunkan.’

Beliau dan rakan penyelidik lain mengkaji lebih 1,700 kajian meliputi 188 negara dari 1980 hingga 2013. 

“Ia menggerunkan. Bila kami menyedari tiada satu negara mampu mengurangkan tahap obes, ia pasti menyedarkan kamu betapa sukarnya untuk mengatasi masalah itu,” kata Murray.

Murray berkata, terdapat hubungan kukuh antara jumlah pendapatan dan obes, semakin kaya, semakin gemuk, 

Dia juga berkata saintis turut mendapati peningkatan dalam kes diabetes dan kanser berkait dengan berat badan.

Kajian baru itu ditaja oleh Yayasan Bill dan Melinda Gates dan diterbitkan dalam talian Khamis melalui jurnal Lancet.

Minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menubuhkan suruhanjaya tinggi untuk menamatkan obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

“Anak-anak kita semakin gemuk. Sebahagian daripada penduduk dunia ini makan sehingga mati,” kata Pengarah WHO ketika mesyuarat tahunan agensi itu di Geneva.

Awal tahun ini WHO menegaskan kadar gula yang diambil untuk kalori seharian sepatutnya tidak melebihi lima peratus daripada gula.

Seorang lagi pakar obes dari Universiti Emiriah Arab Bersatu mendedahkan kadar kegemukan itu menjangkau lima kali ganda dari 20 tahun lalu walaupun di kawasan terpencil seperti di Pakistan. 

Hasil penyelidikannya dibentangkan di sidang media Bulgaria.

“Permodenan menjejaskan kesihatan. Beberapa tahun lalu manusia terpaksa berjalan berjam-jam untuk membuat panggilan telefon berbanding zaman sekarang yang mempunyai telefon bimbit,” katanya.

Di Britain pula, pemerhati kesihatan menggesa orang gemuk dihantar mengikuti kelas penurunan berat badan secara percuma bagi mengurangkan sebanyak tiga peratus berat badan mereka.

Sekurang-kurang dua daripada tiga orang dewasa negara itu terlebih berat, menjadikan ia ‘negara tergemuk’ di Eropah Barat.- AP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/30

No comments:

Post a Comment