Pages

Thursday, May 29, 2014

Mayat Uribe dibakar


Mayat Uribe diangkat bersama-sama katilnya, tempat dia menghabiskan sebahagian besar sisa hidupnya. 
Pengarah pusat pengurusan mayat Serorrey, Pedro Reyes berkata pusat berkenaan adalah satu-satunya tempat pengurusan mayat di Monterrey, bandar di utara Mexico yang mampu menguruskan mayat Uribe. 

“Suhu pembakar dipasang 60 peratus lebih tinggi daripada normal,” kata Reyes semalam.
Foto
MAYAT Uribe diangkut dengan trak ke pusat pengurusan mayat untuk dibakar.

Foto
URIBE meninggal dunia kelmarin.

Upacara keagamaan untuk memperingati Uribe diadakan sebelum itu. Bagaimanapun, tidak ada rancangan diatur untuk menempatkan abu mayatnya.

Uribe berjaya menurunkan berat badannya kepada 394 kilogram daripada 560 kilogram, catatan paling beratnya yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness pada 2007. 

Selama beberapa tahun kehidupannya terhad hanya di atas katil khas kerana tidak berupaya untuk berjalan sendiri. 

Uribe dibawa ke hospital 2 Mei lalu kerana keadaan jantungnya yang tidak normal. Dia terpaksa diangkut dengan kren oleh petugas kecemasan dan pertahanan awam. 

Sehingga kini doktor masih belum mengesahkan punca kematian. 

Bagaimanapun, selain jantung, dia juga dipercayai menghidap sakit hati. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/29

No comments:

Post a Comment