Pages

Friday, May 30, 2014

Kawal pesawat guna minda


Seorang juruterbang memakai topi khas EEG untuk mengawal pesawat hanya menggunakan minda ketika menjalani ujian penerbangan melalui simulator pesawat. - AGENSI
BERLIN 29 Mei - Saintis Jerman membuka era baharu dalam penerokaan minda manusia apabila menghasilkan teknologi yang membolehkan pesawat diterbangkan dan dikawal hanya melalui kawalan minda, lapor Mail Online.
Melalui projek Brainflight yang dibiayai Kesatuan Eropah (EU), sekumpulan saintis daripada Universiti Teknikal Berlin dan Munich menunjukkan bagaimana tujuh juruterbang termasuk yang tidak berpengalaman, menggunakan minda untuk mengawal pesawat dengan ketepatan yang menakjubkan.
Lebih mengagumkan, beberapa juruterbang berkenaan berjaya mendaratkan pesawat walaupun dalam keadaan cuaca buruk, manakala seorang lagi mampu mendarat beberapa meter daripada garisan pusat landasan.
Ketua projek, Tim Fricke yang juga jurutera aeroangkasa berkata, juruterbang terbabit hanya perlu memakai topi khas yang dilengkapi berpuluh-puluh wayar elektrod elektroensefalograf (EEG) yang menghubungkan kawalan pesawat dengan otak pengguna.
Fricke berkata, mereka hanya perlu duduk dalam simulator penerbangan dan mengawal pesawat hanya menggunakan pemikiran masing-masing.
Jelasnya, topi EEG akan membaca isyarat elektrik daripada otak juruterbang dan kiraan algoritma khas dirumuskan kemudiannya ditukar sebagai arahan ke dalam komputer.
"Projek ini mampu membuka peluang lebih ramai orang menceburi dunia penerbangan.
"Malah dengan kawalan minda, penerbangan akan menjadi lebih mudah dan mengurangkan beban juruterbang selain meningkatkan tahap keselamatan," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140530/lu_08/Kawal-pesawat-guna-minda#ixzz339OiQnST
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment