Pages

Monday, April 28, 2014

Ikan mentah panjang hayat wanita Jepun

Ikan mentah panjang hayat  wanita Jepun
Ikan mentah dan teh hijau (gambar kecil) antara diet
utama penduduk Jepun. 
London: Amalan pemakanan yang kaya dengan ikan mentah serta teh hijau dikatakan membantu memanjangkan hayat wanita Jepun berbanding wanita Britain, kata satu kajian terbaharu.

Berbanding wanita Barat yang memilih produk tenusu dan roti dalam diet mereka, wanita Jepun hidup lebih lama dengan purata jangka hayat mereka adalah 86.4 tahun berbanding wanita British yang mempunyai purata hayat 82.7 tahun.

Kajian oleh pejabat statistik kebangsaan mendapati ada kecenderungan jangka hayat wanita United Kingdom itu boleh dipanjangkan sekiranya mereka turut mengamalkan cara hidup yang sama seperti wanita Asia, lapor The Times.

Diet penduduk Jepun biasanya lebih kaya dengan bijirin penuh, sayur-sayuran dan soya, malah wanita Jepun juga mengambil sekitar 25 peratus kalori kurang berbanding wanita British”

Diet penduduk Jepun biasanya lebih kaya dengan bijirin penuh, sayur-sayuran dan soya, malah wanita Jepun juga mengambil sekitar 25 peratus kalori kurang berbanding wanita British.

Makan sedikit

Mereka menikmati purata tiga hidangan ikan seminggu dengan saiz hidangan yang lebih kecil.

Malah, penggunaan kayu penyepit (chopstick) juga dikatakan akan memperlahankan proses makan, memberikan lebih masa kepada badan untuk menyedari jumlah hidangan yang diambil menjadikan mereka akan kurang makan.
Berdasarkan jadual pemakanan, lelaki Jepun mempunyai purata hayat sehingga 79.9 tahun, berbanding purata hayat lelaki British sekitar 78.9 tahun.
Saintis mendakwa bahawa pengambilan teh hijau mampu untuk meningkatkan beberapa fungsi kognitif terutama memori bekerja manusia.

Kajian terbaru juga mendapati teh hijau boleh digunakan sebagai rawatan dalam demensia atau penyakit psikiatri lain.

Pakar dari Universiti Basel mendapati ekstrak teh hijau meningkatkan keberkesanan kognitif otak yang penting dalam meningkatkan tugasan ingatan bagi seseorang penggunanya. - AGENSI

1 comment:

  1. Allah yang menentukan hidup dan mati kita.

    ReplyDelete