Pages

Thursday, April 3, 2014

Gergaji rantai tusuk leher


Pittsburgh: Seorang tukang kebun bernasib baik kerana masih hidup selepas dia dikejarkan ke hospital dengan gergaji berantai tertusuk ke lehernya akibat satu kemalangan.

James Valentine, 21, sedang memotong dahan di atas pokok di Ross Township Isnin lalu apabila kejadian berlaku.


Pekerja lain terpaksa memanjat pokok berkenaan untuk menurunkan Valentine selepas dia cedera. Mereka bagaimanapun tidak berani menarik gergaji pada leher leher Valentine bagi mengelak pendarahan lebih teruk.

Menurut laporan, polis berjaya memisahkan gergaji itu daripada motornya dan doktor yang tiba beberapa minit kemudian dapat menstabilkan keadaan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital.


Valentine menjalani pembedahan serta-merta di Hospital Allegheny dan doktor berkata, dia bernasib baik kerana gergaji itu tidak mengena saraf utamanya.


Majikannya, Dominic Migliozzi menyifatkan usaha menyelamat pekerjanya itu sebagai “menakjubkan”.

Menurut Valentine, kejadian berlaku ketika dua cuba mengelak menyentuh kabel elektrik yang melalui celah pokok itu, menyebabkan dia gagal mengawal gergaji berantai itu sebelum ia menembusi leher dan bahunya.


“Kesakitannya tak tergambar. Darah memancut keluar. Ia sangat menakutkan,” kata Valentine. - AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/03

No comments:

Post a Comment