Pages

Tuesday, April 29, 2014

683 anggota Ikhwanul Muslimin dihukum mati


BEBERAPA ahli keluarga anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin menangis di luar sebuah mahkamah di Mesir selepas hakim menjatuhkan hukuman ke atas anggota kumpulan berkenaan. - AFP


KAHERAH - Sebuah mahkamah di Mesir semalam menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin, Mohameed Badie dan 682 pengikutnya atas tuduhan membunuh serta cubaan membunuh anggota polis.
Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dua sesi ringkas perbicaraan yang diboikot oleh barisan peguam bela tertuduh.
Mahkamah yang sama pada Mac lalu turut menjatuhkan hukuman mati terhadap seramai 529 pengikut pergerakan tersebut.
Bagaimanapun, hukuman terhadap 492 tertuduh ditukar kepada penjara seumur hidup.
Dalam perbicaraan yang berlangsung semalam, hanya 50 orang termasuk Badie yang berjaya ditangkap, manakala selebihnya masih bebas.
Hakim Said Youssef Sabry yang mempengerusikan perbicaraan itu akan mengesahkan hukuman berkenaan pada 21 Jun depan.
Mengikut undang-undang di Mesir, hukuman mati yang dijatuhkan perlu dirujuk dan mendapat nasihat daripada Ketua Agama Islam sebelum ia disahkan.
Mahkamah tersebut juga boleh meringankan hukuman sebelum ia boleh dicabar di mahkamah rayuan.
Kesemua tertuduh didakwa membunuh dan cuba membunuh beberapa anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0429&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz30DqmmPk8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment