Pages

Saturday, March 22, 2014

Mayat dalam tempayan


Pensiangan: Biasanya apabila berlaku sesuatu kematian, pastinya ahli keluarga sibuk untuk mencari lokasi terbaik untuk mengebumikan mayat si mati.
Bagi masyarakat beragama Islam, setiap jenazah perlu dimandi, dikafan serta disembahyangkan sebelum dikebumikan manakala bagi penganut agama lain, mayat si mati akan dibakar manakala abunya disimpan atau dilepaskan ke dalam sungai. 
Namun berbeza pula bagi masyarakat kuno Murut Tagol yang menetap di sekitar Sungai Tagol, kira-kira 150 kilometer dari pekan Keningau yang mana amalan mereka ketika berlaku kematian bukanlah seperti kebiasaan yang didengari hari ini, tetapi mayat akan disimpan dengan dilipat sehingga lutut bertemu dagu dan diletakkan di dalam satu bekas besar seakan-akan tempayan dipanggil ‘bangkalan’. 

Menurut salah seorang penduduk, Bidun Ukung, 45, bangkalan yang berisi mayat tidak kira sama ada lelaki, perempuan, tua, muda atau kanak-kanak akan ditempatkan di tanah perkuburan khas dipanggil ‘sirap’.
Foto
TAJAU besar atau bangkalan berusia puluhan tahun yang menyimpan mayat kaum Murut Tagol.

“Sirap bukanlah kawasan perkuburan seperti disangkakan kerana ia hanyalah pondok yang dibina untuk menempatkan bangkalan.

“Proses menyiapkan mayat untuk dimasukkan ke dalam bangkalan bukanlah satu tugas mudah kerana jika tidak dilakukan dengan betul dan lambat, mayat akan mengeras dan sukar dilipat,” katanya. 

Katanya, kebiasaannya ketika pesakit sedang nazak, ahli keluarga perlu menyediakan bangkalan dengan segera. 

“Apabila individu itu meninggal dunia, ahli keluarga perlu segera melipat tubuh si mati yang masih lembut untuk dimuatkan ke dalam bangkalan. 


-hmetro
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/22

No comments:

Post a Comment