Pages

Monday, March 10, 2014

Makam purba ditemui


9 Mac 2014

Makam purba ditemui
Makam purba ditemui Lukisan pada permukaan makam ini melambangkan kemewahan pemiliknya.



KERJA penggalian dilakukan sekumpulan ahli arkeologi Sepanyol dan Itali membawa kepada penemuan makam dipercayai milik pegawai kerajaan baharu Mesir ketika era dinasti ke-18.

Menteri Antikuiti Mesir, Mohamed Ibrahim memaklumkan, makam purba Maayi itu ditemui secara tidak sengaja di tebing barat Luxor di kawasan Sheikh Abdel-Gournah.

"Lukisan pada dinding makam tersebut menunjukkan Maayi dalam kedudukan berbeza selain memaparkan butiran mengenai hubungan kekeluargaan dan kisah kehidupannya," katanya.

Menurutnya lagi, ia turut dihiasi dengan cantik sebagai simbol kemewahan pemiliknya.

"Hanya sebahagian makam tersebut berjaya digali kerana terdapat sekatan pada laluan masuk terbabit," jelasnya.

Difahamkan, kerja penggalian masih diteruskan untuk membolehkan lebih banyak tinggalan purba diterokai di kawasan tersebut, dopetik dari laporan Al-Ahram.

No comments:

Post a Comment