Pages

Sunday, March 30, 2014

Los Angeles dilanda gempa bumi



SEBUAH kereta terbalik disebabkan gegaran gempa bumi di Jalan Carbon Canyon, Brea, California kelmarin.


LOS ANGELES - Satu gempa bumi sederhana yang berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan kawasan Los Angeles kelmarin, menurut laporan Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Ekoran gempa bumi itu, operasi beberapa permainan di taman tema itu dihentikan.
Kerosakan kecil turut berlaku di dalam kawasan taman tema itu selepas gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 9.09 malam waktu tempatan.
Perkhidmatan kecemasan turut menerima panggilan tentang kebocoran gas dan air manakala beberapa penduduk menyatakan, barang-barang terjatuh dari rak.

BARANG-BARANG terjatuh dari rak di sebuah pasar raya akibat gempa bumi di La Habra, California kelmarin.


Namun, tiada laporan tentang kematian dan kecederaan ekoran gempa bumi itu.
Pusat gempa bumi itu adalah dekat La Habra yang terletak 35 kilometer ke timur laut bandar raya ini.
Gegaran gempa bumi itu turut dirakam di seluruh kawasan Los Angeles termasuk di Hollywood.
Gempa bumi itu adalah yang terkuat dalam tempoh enam tahun di Los Angeles.
Penggera beberapa buah kenderaan turut berbunyi apabila gempa bumi itu berlaku. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0330&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2xObUFfqg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment