Pages

Friday, March 7, 2014

Ferrero Rocher terbesar jadi tarikan restoran


Seorang pemilik restoran makan segera di Britain menghasilkan bebola coklat bersaiz gergasi yang terbesar di dunia sebagai daya penarik di restorannya di Mister Eater Eating Emporium di Preston, Lancashire. - AGENSI
PRESTON, Britain 6 Mac. - Seorang pemilik restoran makanan ringan yang obses dengan coklat telah mencipta Ferrero Rocher goreng terbesar di dunia di restoran Mister Eaters Eating Emporium di Preston, Lancashire.
Portal berita Metro. co kelmarin melaporkan pemilik restoran terse¬but, John Clarkson, 54, mendapat inspirasi un¬tuk menghasilkan juadah gergasi seberat lima kilo¬gram itu selepas menu yang sama bersaiz biasa di kedainya itu mendapat sambutan hangat daripa¬da pelanggan.
Juadah popular yang diperbuat daripada coklat itu, 10 kali ganda lebih besar daripada Fer¬rero Rocher bersaiz biasa.
"Kami memperolehi satu resepi rahsia Fer¬rero Rocher dari Amerika Syarikat (AS) yang mem¬bolehkan kami meng-hasilkan juadah coklat popular itu dalam kuan¬titi yang banyak dan sekali gus menjadikan Ferrero Rocher bersaiz gergasi ini.
"Menghasilkan bebola coklat ini tidak susah, tetapi langkah seterusnya yang berkaitan lebih mencabar," kata isterinya, Corinne Clarkson kepada akhbar Lancashire Evening Post.
Menurutnya, periuk penggoreng perlu diisi dengan minyak yang banyak untuk membolehkan bebola coklat yang diadun semula itu ter¬endam dalam minyak dan dia juga terpaksa menggunakan peralatan yang besar pada setiap peringkat pembuatan bebola coklat bersalut tersebut.
Katanya, Ferrero Rocher gergasi itu kini dipamerkan di restorannya dan ia ternyata berjaya menarik mi¬nat ramai orang untuk ke premis perniagaannya itu.
Akhbar Daily Mail melaporkan, Clarkson telah mengusahakan restoran itu sejak 25 tahun lalu.
Ia mula mengemukakan idea-idea pelik sebagai daya penarik se¬lepas kedainya dikunjungi oleh chef selebriti Heston Blumenthal pada 2012 sebagai sebahagian daripada program bersiri rancangan masa¬kannya, Fantastical Food.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140307/lu_06/Ferrero-Rocher-terbesar-jadi-tarikan-restoran#ixzz2vE5Gv5h5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment