Pages

Tuesday, March 4, 2014

Dekati wanita Yao

Dekati wanita Yao
Tarian dan nyanyian dipersembahkan sebagai tarikan pelancong.
4 Mac 2014 KOMUNITI dari etnik minoriti Yao di China dikatakan masih wujud dengan populasi mereka sekitar 2.6 juta di wilayah Guangxi, Guizhou dan Guangdong.

Penempatan mereka terutama di Guangxi, selatan China kini dijadikan tumpuan pelancongan selepas kerajaan negara itu melancarkan program reformasi pelancongan pada 2002.

Menariknya, wanita etnik Yao hanya memotong rambut mereka sekali dalam seumur hidup iaitu ketika berusia antara 16 dan 18 tahun.

Maka itu, tidak hairanlah jika mereka memiliki kepanjangan rambut sehingga 2 meter. Bagaimanapun adalah sukar mengetahui asal usul amalan tersebut tetapi wanita etnik itu mengatakan rambut panjang adalah simbol jangka hayat dan kemakmuran. Bagi wanita bujang pula, mereka ditegah menunjukkan rambut di khalayak ramai. Oleh itu, mereka akan menutup kepala dengan serban hitam.

Menurut China Today, pakaian tradisional berwarna-warni dihiasi sulaman terang juga terkenal dalam kebudayaan mereka. Bagi menyiapkan sepasang pakaian itu, mereka masih mengekalkan teknik tenunan tradisional yang mengambil masa sehingga tiga bulan untuk menyiapkan sepasang pakaian lengkap.

No comments:

Post a Comment