Pages

Wednesday, March 26, 2014

Chile dilanda 300 gempa bumi kecil


Santiago: Lebih 300 gempa bumi melanda pesisiran pantai utara Chile sepanjang minggu ini menyebabkan orang ramai bimbang selepas saintis gagal mengenal pasti sama ada ia petanda malapetaka lebih dahsyat.

Gempa bumi pertama dirasakan pada 16 Mac dengan kekuatan 6.7 magnitud mengakibatkan lebih 100,000 orang meninggalkan kawasan tanah rendah walaupun tiada tsunami berlaku.


Ia juga tidak menyebabkan kerosakan harta benda secara meluas.

Penolong ketua pusat seismologi Universidad de Chile Mario Pardo berkata, gegaran tetap dirasai dengan lebih 12 gegaran sederhana di bandar Iquique pada Isnin lalu.


“Keadaan ini memang tidak normal. Ada beberapa gegaran dan kejutan lanjut yang menyukarkan kami menilai keadaan dengan lebih tepat.


“Namun kami tidak boleh mengetepikan kemungkinan akan berlaku gempa bumi lebih besar,” katanya kepada akhbar La Tercera.

Sementara itu, pakar analisis seismik Universidad de Santiago Paulina Gonzalez berkata, kali terakhir zon itu ditimpa gempa bumi dahsyat ialah lebih 130 tahun lalu.

“Apa yang membimbangkan ialah kawasan ini paling terdedah kepada kemungkinan gempa bumi dan sudah lama sekian lama bencana itu tidak berlaku,” katanya. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/26

No comments:

Post a Comment