Pages

Saturday, March 1, 2014

Batu-bata gunung berapi dapat sambutan


Sebahagian batu-bata yang diperbuat daripada abu gunung berapi yang berjaya dihasilkan oleh seorang pemuda di Yogjakarta. - AGENSI
YOGYAKARTA, Pulau Jawa - Selama ini orang ramai berpendapat abu yang terbentuk daripada letupan gunung berapi menganggu kesihatan manusia dan tidak mempunyai nilai komersial, namun seorang lelaki mengubah persepsi itu, apabila dia berjaya menghasilkan batu-bata yang diperbuat daripada abu gunung berapi.
Ismail Hermana berkata, dia mendapat ilham untuk membuat batu-bata daripada abu gunung berapi pada 2010 selepas Gunung Merapi meletus ketika itu.
"Saya dan seorang rakan menjalankan penelitian selama setahun untuk mencari apa yang boleh kami cipta melalui abu gunung berapi. Kami berjaya menemui formula penghasilan batu-bata yang ringan tetapi kuat, diperbuat daripada abu gunung berapi pada 2012.
"Baru kini kami berkesempatan untuk membina perniagaan melalui penemuan tersebut," jelas Ismail kepada Kompas.com.
Tambahnya, antara bahan lain yang diperlukan untuk membina batu-bata tersebut adalah pasir, simen, air dan cecair pengembang.
"Setiap hari, kami berjaya menghasilkan antara empat hingga lima kubik batu-bata dengan setiap satunya dijual pada harga 700,000 rupiah (RM196.88)," ujarnya lagi.
Setakat ini, batu yang diberi nama Merapicon itu sudah dijual di Jawa Tengah dan Bogor yang mana permintaan pelanggan begitu menggalakkan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140301/lu_08/Batu-bata-gunung-berapi-dapat-sambutan#ixzz2uekj77JJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment