Pages

Saturday, February 8, 2014

Untung ada ekor

Bengal: Seorang lelaki yang mempunyai ekor berbulu sepanjang hampir 37 sentimeter mungkin boleh dianggap ‘bernasib baik’ kerana dianggap sebagai dewa oleh penduduk kampungnya.
Chandre Oraon, 35, dilahirkan dengan rerambut yang tumbuh berhampiran punggung dan enggan memotongnya sejak kecil.

Keanehan itu menyebabkan penduduk tempatan yang menganut kepercayaan Hindu percaya dia adalah kelahiran semula dewa monyet, Hanuman.
Sesetengah penganut Hindu yang ingin “menyembah” Chandre sanggup datang dari jauh ke rumahnya dan menghabiskan masa beratur bagi mendapatkan restu dengan menyentuh ekornya.

Rumah Chander terletak di Alipurduar, Bengal Barat.

Chandre yang bekerja sebagai pemetik daun teh berkata, dia tidak keberatan mendapat penghargaan sebagai dewa.
Foto
KEBOLEHAN luar biasa Chandre memanjat pokok menambahkan lagi kepercayaan masyarakat setempat bahawa dia adalah kelahiran semula Hanuman.
“Saya tak kisah kerana ia anugerah tuhan,” katanya.

Selain ekor itu, reputasi Chandre semakin tinggi kerana keupayaannya memanjat pokok dengan mudah dan pantas seolah-olah seekor monyet. Antara orang yang datang ingin mendapatkan ‘restu’ Chandre ialah Monika Ladka.
Kata Monika, bayi lelakinya sentiasa mengalami masalah kesihatan walaupun sudah diberi pelbagai ubat.

“Selepas bertemu Chandre, bayi abang saya pulih dalam masa yang singkat,” katanya.

Justeru, kata Monika, mereka percaya Chandre adalah kelahiran semula Dewa Hanuman.

Tambahan pula, katanya, menurut cerita masyarakat setempat Chandre lahir pada Hari Hanuman. Sementara itu Chandre berkata, ada doktor pernah menawarkan untuk membuang ekornya tetapi dia menolak.

“Ketika kecil ibu pernah memotong ekor ini namun tidak lama kemudian saya demam panas dan sakit teruk. “Kata ibu, saya hampir mati,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Keadaan berkenaan menyebabkan penduduk kampung terbabit mencadangkan kepada mereka supaya membiarkan saja ekor itu tumbuh memanjang dan sehingga kini ia berukuran kira-kira 36.8 sentimeter. - Agenda
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

No comments:

Post a Comment