Pages

Friday, February 7, 2014

Cerita hanyut 13 bulan diragui



2014/02/07

Cerita   hanyut  13 bulan diragui
Bot dinaiki Alvarenga yang hanyut di lautan kira-kira 13 bulan, ketika sampai di Kepulauan Marshall. 
-
Nelayan dakwa teman sepelayaran mati kelaparan

Mexico: Nelayan yang dijumpai hidup walaupun hanyut 13 bulan di Lautan Pasifik diminta pulang ke Mexico bagi menjelaskan mengenai kematian lelaki muda yang menemaninya, kata keluarga mangsa pada Rabu.


Jose Salvador Alvarenga memberitahu wartawan lelaki muda yang menemaninya itu mati kelaparan kerana memuntahkan semula ikan mentah dan burung yang dimakannya.
Kami mahu tahu apa perkara akhir diberitahu kepada lelaki ini dan apa dilakukannya dengan jasad adik kami” Romeo Cordoba Rios, Abang mangsa

Namun, keluarga mangsa memberitahu AFP di negeri selatan Chiapas bahawa mereka tidak mempercayainya. Lelaki yang menemani Alvarenga ialah Ezequiel, 24.

“Kami mahu Alvarenga pulang. Kerajaan perlu membawanya pulang,” kata abang Ezequiel, Romeo Cordoba Rios sambil menambah ibunya sudah melakukan permohonan kepada kementerian luar Mexico.

Tidak mahu disiasat

Keluarga itu, bagaimanapun, tidak mahukan siasatan jenayah terhadap Alvarenga. “Ia adalah kemalangan kerja,” kata abang mangsa.
“Satu-satunya perkara yang kami mahu tahu apakah perkara akhir yang diberitahu kepada lelaki ini dan apa dilakukannya dengan jasad adik kami,” katanya sambil menambah ibu masih meratapi pemergian adiknya itu.

Alvarenga, 37, adalah orang asli El Savador yang tinggal di Mexico sehingga hanyut ke Kepulauan Marshal minggu lalu. Pegawai rasmi Kepulauan itu berkata, Alvarenga akan terbang ke Hawaii, sebelum ke El Savador untuk ke Mexico.

Keluarga itu berkata, Ezequiel tidak begitu mengenali Alvarenga dan membuat keputusan saat akhir menyertainya dalam bot kecil pada 2012. - AFP

No comments:

Post a Comment