Pages

Thursday, January 30, 2014

Gigi rayu henti cari suami untuknya

Beijing: Aktivis lesbian Gigi Chao menulis surat terbuka kepada bapanya, bilionair hartanah Cecil Chao Sze-tsung, merayu agar berhenti mencarikan seorang suami untuknya.
Minggu lalu, kisah antara Chao dan anak perempuannya Gigi menjadi tajuk akhbar sekali lagi apabila taikun hartanah itu menggandakan “mas kahwin” HK$500 juta (RM215 juta) kepada HK$1 bilion (RM429 juta) dalam usaha mencarikan suami buat anaknya. 
“Saya tidak fikir berapa banyak pun tawaran dibuat bapa mampu membuat saya tertarik pada mana-mana lelaki,” kata Gigi dalam wawancara dengan akhbar South China Morning Post, semalam.

Gigi yang bekerja sebagai pengarah eksekutif di syarikat pembangunan hartanah bapanya, menjelaskan, tawaran berkenaan tidak menjejaskan hubungan dengan bapanya, tetapi menyebabkan pasangannya selama sembilan tahun, Sean Eav tidak selesa.
Foto
CHAO (kiri), manakala Gigi (kanan) bersama pasangannya, Sean Eav.

Chao dilaporkan percaya belum terlambat untuk mengubah corak pemikiran anak perempuannya itu kerana Gigi baru berusia 33 tahun.

Bagaimanapun, Gigi menjelaskan dalam surat terbuka yang dihantar kepada bapanya itu, memang terdapat ramai lelaki yang baik tetapi mereka bukan untuk dirinya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/30

No comments:

Post a Comment