Pages

Saturday, April 20, 2013

Air terjun beku di China

Air terjun beku di China
Hanya Hsu sahaja berkeras enggan berpindah dari apartmen di wilayah Jilin, timur laut China itu.
Pernahkah anda terfikir, apakah bakal berlaku jika air paip dibiarkan mengalir terlalu lama di rumah?

Tindakan seorang penghuni tingkat tujuh apartmen di wilayah Jilin, timur laut China membuka paip air sebagai tanda protes berjaya menghasilkan air terjun beku menakjubkan di luar bangunan itu.

Wen Hsu, 58, mengambil tindakan tersebut selepas apartmen itu akan dirobohkan untuk projek pembinaan kompleks membeli-belah baru di tapak terbabit.

Hsu menginap sejak 35 tahun lalu menegaskan, dia enggan berganjak kerana tidak ditawarkan pampasan mencukupi untuknya berpindah ke tempat lain.

Difahamkan, hanya warga emas itu yang berkeras untuk terus tinggal di situ manakala penghuni lain akur dengan arahan pemaju.

"Tujuan asal saya adalah untuk mengelakkan bekalan air terputus. Bagaimanapun, cuaca sejuk membekukan air tersebut," jelasnya yang dipetik menerusi laporan MailOnline.

Kewujudan air terjun beku itu turut menarik perhatian banyak pihak termasuk kerajaan tempatan yang menggesa pemaju supaya segera memenuhi tuntutannya.

Gempa bumi kuat di Laut Banda, tiada ancaman tsunami




20 April 2013
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter berlaku berhampiran tenggara Laut Banda, Indonesia tengah hari ini.
 
Gempa berpusat di 389km tenggara Ambon, Indonesia dan 1,785km tenggara Semporna, Sabah berlaku pada 12.51 tengah hari ini, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia.
 
Kenyataan itu menyebut gempa itu tidak membawa ancaman tsunami.  - Bernama

Saintis temui planet baharu



FLORIDA 19 April - Saintis baru-baru ini berjaya menemui zon habitat di luar sistem solar yang berpotensi untuk didiami oleh manusia, termasuk sepasang planet yang mengorbit pada bintang induk yang sama.
Penemuan terbaharu itu, sekali gus dimasukkan dalam senarai kira-kira 700 sistem solar yang ditemui sejak 1995.
Ketua Saintis, William Borucki yang bekerjasama dengan Pusat Kajian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata, planet baharu tersebut mengorbit bintang induk yang dikenali sebagai Kepler-62 dalam kumpulan bintang Lyra dan terletak kira-kira 1,200 tahun cahaya dari Bumi.
Jelasnya, dua planet terbabit yang mempunyai saiz 1.5 kali ganda daripada Bumi, terletak pada kedudukan sesuai dari bintang induk dan dipercayai mempunyai sumber air yang sangat penting untuk hidupan.
"Berdasarkan kajian melalui sistem teleskop angkasa Kepler, kami mendapati dua planet yang ditemui dalam sistem solar Kepler-62 merupakan calon planet terbaik untuk didiami," katanya.
Model sistem solar yang dihasilkan melalui imej komputer menunjukkan dua planet itu yang dilabel sebagai Kepler-62e dan Kepler-62f, kelihatan kukuh dengan gabungan permukaan batu, ais dan campuran batu dan ais.
Terdapat tiga planet lain yang berada pada kedudukan yang lebih dekat dengan Kepler-62 dan didapati tidak sesuai untuk hidupan kerana terlalu panas.
Sehingga kini, Borucki dan pasukannya telah menemui lebih 2,700 calon planet untuk menggantikan Bumi.
Saintis turut menemui dua planet yang mengelilingi bintang induk lain, Kepler-69 dalam kumpulan bintang Cygnus dengan jarak 2,700 tahun cahaya dari Bumi.
Cahaya bergerak pada kelajuan kira-kira 299,792 kilometer sesaat, atau kira-kira 10 trilion kilometer setahun.
Teleskop yang berkuasa lebih tinggi diperlukan untuk mengkaji sama ada sistem solar terbabit mempunyai sumber air atau tidak. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130420/lu_10/Saintis-temui-planet-baharu#ixzz2R0D9OvAe
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Utara Jepun dilanda gempa 7.0 pada skala Richter



SYDNEY 19 April - Gempa bumi sekuat 7.0 pada skala Richter melanda utara Jepun hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
USGS menyatakan gempa bumi tersebut berlaku di 275 kilometer dari timur laut Kuril di Kepulauan Kuril, kira-kira pukul 12.05 tengah hari (11.05 pagi).
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas kejadian itu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130419/lu_07/Utara-Jepun-dilanda-gempa-70-pada-skala-Richter#ixzz2R0Bd8W73
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Ratusan maut. cedera gempa 7.0 magnitud di Sichuan, China



BEIJING: Ratusan penduduk maut atau cedera selepas gempa kuat 7.0 magnitud melanda barat daya Wilayah Sichuan, awal pagi ini.

Kali terakhir Sichuan dilanda gempa kuat adalah lima tahun lalu.
Pusat gegaran gempa kuat berkenaan di Bandar Ya’an kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan dengan menyebabkan tanah runtuh serta kerosakan bangunan.

Empat jam selepas gempa berlaku, angka kematian melonjak kepada 56 orang, demikian menurut laporan agensi berita Xinhua.

Stesen televisyen CCTV News sebelum itu melaporkan, 72 maut dan 600 lagi cedera. - AFP

Bas Tambang Murah Ada Tempat Tidur


perkhidmatan baru bas dari London ke Scotland

Sebuah perkhidmatan baru bas dari London ke Scotland yang menawarkan tempat tidur kepada penumpangnya akan dimulakan pada musim panas akan datang.Beberapa bas tambang murah akan menghubungkan London dengan tujuh bandar utama Scotland dengan tiket semurah £15 (kira-kira RM70).





Bagi perjalanan ke Glasgow atau Edinburgh, penumpang akan tiba ke destinasi itu dalam tempoh kurang dari lapan jam.Penumpang boleh meluruskan kerusi masing-masing menjadi katil jika mahu baring, selain diberikan berus gigi dan baju panas di sepanjang perjalanan.



Semalam, syarikat Megabus itu menunjukkan kepada media kenderaan yang akan digunakan bagi perjalanan itu.Megabus membelanjakan £5 juta (RM23.3 juta) untuk membeli 10 bas baru yang direka khas bagi menyediakan lebih 1,700 tempat pada setiap minggu. Bas dua tingkat itu sepatutnya mampu memuatkan 53 penumpang, tetapi Megabus mengubah suai kenderaan berkenaan menjadi 42 ‘katil.’ -mymetro

Sepasang Suami Isteri Memenangi Loteri RM209.3 Juta

memenangi loteri bernilai £45 juta (RM209.3 juta)

Sepasang suami isteri menjadikan rumah canggih watak utama Iron Man, Tony Stark sebagai inspirasi kediaman mewah mereka selepas memenangi loteri bernilai £45 juta (RM209.3 juta) tahun lalu.Dengan wang sebanyak itu, pasangan Matt dan Cassey Topham tidak teragak-agak membelanjakan £5 juta (RM23.3 juta) hanya untuk membina rumah futuristik mereka.




Rumah itu - dinamakan Serenity - bakal mempunyai ruang garaj yang terselindung di sebalik air terjun, taman botani, kolam renang dan pawagam.Kediaman yang dilengkapi panel solar itu direka cipta firma seni bina terkenal di London, Baca Architects.Bagaimanapun, sebelum boleh membina Serenity, pasangan terbabit perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak kerajaan. Selepas itu memenangi loteri berkenaan tahun lalu, pasangan Topham menyenaraikan keinginan yang mesti ada di rumah idaman mereka, termasuk “garaj yang luas” dan “kolam renang bergua.”  

umah canggih watak utama Iron Man, Tony Stark

Pasangan Topham mengemukakan pelan itu kepada kerajaan tempatan di Nottinghamshire semalam. Apabila siap nanti, Serenity akan menjadi 16 kali ganda lebih luas berbanding kediaman biasa di Britain dan kosnya 55 kali ganda lebih mahal berbanding rumah mereka ketika ini di Stapleford.


Pasangan Topham membeli sebuah rumah berkembar pada harga £250,000 (RM1.2 juta) sejurus selepas memenangi loteri, tetapi memberitahu pereka supaya membina ruang khas bagi membolehkan mereka mengelak daripada perhatian yang tidak diingini. 




Bercakap mengenai Serenity sebelum berlepas untuk bercuti di Amerika Syarikat, Matt berkata, mereka juga mewajibkan rumah itu dibina dengan lima bilik tidur.“Kami juga menghabiskan banyak masa untuk berbincang dengan arkitek mengenai bilik yang akan digunakan,” katanya.Apa yang penting, kata Matt, mereka tidak mahu hidup dalam rumah kaca.“Kami mengutamakan reka bentuk kontemporari dan fleksibel untuk kegunaan sekeluarga,” katanya.-mymetro

Pakar kaji punca Kimura boleh hidup sehingga 116 tahun



KIMURA ketawa semasa dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-116 tahun di kediamannya di Kyotango semalam.


KYOTANGO - Manusia paling tua di dunia, Jiroemon Kimura menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-116 semalam.
Beliau meninggal dunia ketika pakar-pakar kesihatan melakukan kajian bagi mengetahui punca dia dan sebilangan penduduk di sini dapat hidup bagi tempoh yang terlalu lama.
Jumlah penduduk di bandar ini ialah 60,000 orang.
Seorang pegawai pentadbiran bandar ini memberitahu, dia tidak merokok dan akan berhenti makan apabila berasa hampir kenyang.
Menurut laporan media, dia minum minuman keras dengan kadar yang sederhana.
Pegangan hidup Kimura ialah tidak kuat makan dan hidup dalam tempoh yang lama.
Pakar-pakar di sini telah melancarkan satu projek penyelidikan dalam usaha untuk mengetahui punca dia masih hidup.
"Kami mahu mengkaji tabiat pemakanan bukan sahaja melibatkan Kimura tetapi 50 lagi warga emas yang berusia lebih 100 tahun di bandar ini," kata pegawai itu.
Menurutnya, Kyotango terletak d Kyoto.
Beliau berkata, bandar ini terletak dekat Laut Jepun dan banjaran gunung yang kaya dengan makanan laut dan produk tenusu.
"Kami amat berminat untuk mengetahui makanan tempatan yang mereka makan," katanya.
Pegawai itu berkata, pihaknya mahu mengetahui sama ada makanan tersebut menjadi faktor yang menyebabkan golongan tua di sini hidup dalam tempoh yang lama.
Beliau berkata, pihak pentadbiran bandar ini juga merancang untuk mengeluarkan buku resipi berdasarkan kajian itu.
Menurutnya, buku tersebut kemudian akan didedahkan pada satu simposium tentang rahsia umur panjang pada November depan.
"Kami mahu penduduk mengetahui rahsia umur panjang tetapi ia juga bertujuan untuk menarik pelancong ke bandar ini yang mempunyai ramai penduduk lanjut usia," katanya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0420&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2QxzKlPXX 
Hakcipta terpelihara