Pages

Wednesday, December 18, 2013

Vietnam saji kebab tikus


Vietnam saji kebab tikus14 Disember 2013


Vietnam saji kebab tikus

SAJIAN daging tikus kini dianggap menu istimewa bukan sahaja bagi penduduk di Dan Phoung, Vietnam malah sajian itu kini amat digilai oleh sebahagian besar penduduk di negara selatan Asia.

Menurut laporan Daily Mail, daging tikus ini biasanya panggang atau dibuat kebab untuk dimakan dengan roti.

Hidangan daging tikus ini merupakan makanan tradisi penduduk di Red River dan Sungai Mekong.

Pada bulan ini, selain daripada sibuk menuai padi, golongan petani dikatakan mula beralih kepada kegiatan memburu tikus untuk dijual di pasaran.

Kawasan paling ramai melakukan aktiviti ini adalah di Sungai Mekong di mana ribuan tikus dikatakan melarikan diri ketika musim banjir.

Difahamkan, daging tikus dijual pada harga 100,000 dong (RM15) sekilo.

No comments:

Post a Comment