Pages

Tuesday, December 24, 2013

Penjara selagi tak serah anak

2013/12/24
Riyadh: Sebuah mahkamah membuat keputusan drastik apabila memenjarakan seorang lelaki yang dituduh bekas isterinya menculik anak mereka.

Lelaki itu hanya akan dibebaskan sekiranya dia menyerahkan bayinya kepada bekas isterinya.


Tindakan mahkamah itu menggambarkan kesediaan untuk melaksanakan sistem baru yang diperkenalkan kementerian kehakiman bagi mengakhiri kes undang-undang secepat mungkin daripada membiarkannya tertangguh selama beberapa minggu atau bulan.

Rakyat Arab Saudi sering mengadu mengenai kelembapan prosedur mahkamah dan kaedah menangani masalah keluarga.


Ibu kanak-kanak itu memfailkan kes terhadap bekas suaminya yang dituduh menculik anak mereka apabila gagal mematuhi arahan menyerahkan kanak-kanak terbabit kepadanya.


Mahkamah memutuskan untuk memenjarakan bapa kanak-kanak itu kerana mengambil anak mereka daripada bekas isterinya, lapor akhbar Sabq. - Agensi


No comments:

Post a Comment