Pages

Sunday, December 22, 2013

Manusia boleh tinggal di bulan

Manusia boleh  tinggal di bulanChris ramal pengkalan di Marikh jadi kenyataan 70 tahun lagi. 

Montreal: Angkasawan Kanada, Chris Hadfield, meramalkan manusia akan tinggal di bulan meskipun belum ada penduduk Bumi menjejakkan kaki di sana dalam tempoh empat dekad lalu.

Hadfield yang pernah tinggal di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) menjangka ia akan berlaku dalam masa 30 hingga 40 tahun lagi.

Malah, Hadfield juga berkata, satu pangkalan di Marikh berkemungkinan menjadi kenyataan 70 tahun lagi.

Hadfield, 54, percaya dua perkara itu mampu dicapai manusia dalam proses pengembaraannya ke angkasa lepas.

“Proses itu kita boleh lihat sejak 70,000 tahun lalu. Kita bermula dengan penerokaan seluruh dunia.

“Dalam tempoh 100 tahun, kita sudah ke Antartika dan kini ada orang yang tinggal di sana berbulan-bulan pada satu masa.

“Saya rasa, pembinaan pangkalan di bulan akan memudahkan penerokaan di angkasa lepas,” katanya lagi.
Misi terakhir ke bulan dijalankan oleh angkasawan Amerika pada 1972.

Hadfield bersara awal tahun ini selepas 35 tahun yang menyaksikan beliau ke angkasa lepas sebanyak tiga kali, dua daripadanya dihabiskan di ISS.

Katanya, stesen itu mungkin beroperasi untuk 15 tahun lagi sebelum perlu dihentikan kerana bahan ammonia yang perlu untuk menyejukkan ISS sudah bocor. - AGENSI

No comments:

Post a Comment