Pages

Sunday, December 22, 2013

Berlian di Antartika?

Berlian di Antartika?22 Disember 2013
Batu kimberlit (gambar kecil) yang kebiasaannya mengandungi berlian ditemui pertama kali di Antartika.

CANBERRA - Saintis diketuai penyelidik Universiti Kebangsaan Australia mendakwa bahawa mereka telah menemui batu kimberlit dipercayai mengandungi berlian di kawasan Gunung Meredith di Antartika Timur.

Bagaimanapun, ketua penyelidik, Greg Yaxley memberitahu mereka belum menemui batu berharga tersebut yang dipercayai mungkin kelihatan seperti berlian kristal di Afrika Selatan.

"Penemuan batu kimberlit itu diharap tidak akan menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai untuk menjalankan aktiviti perlombongan.

"Aktiviti melombong di kawasan Antartika adalah dilarang dan ia turut dilindungi di bawah perjanjian kajian saintifik untuk hidupan liar seperti penguin dan singa laut," katanya dipetik DailyMail

Difahamkan, kandungan Perjanjian Alam Sekitar 1991 melarang kegiatan perlombongan di benua tersebut bagi tempoh sekurang-kurangnya 50 tahun.

Selain batu berharga itu, kumpulan penyelidik sebelum ini pernah menemui emas, platinum, besi dan arang batu di Antartika.

Kegiatan melombong berlian di kawasan beriklim sejuk seperti utara Kanada dan Siberia juga telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

No comments:

Post a Comment