PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) 26 Nov. - Sebuah robot baharu yang boleh terbang dan meniru pergerakan seperti obor-obor diperkenalkan kepada umum dalam satu mesyuarat di sini pada Ahad lalu.
Menurut laman web berita teknologi, Science Codex, pencipta robot tersebut, Leif Ristroph dan Stephen Childress memperkenalkan ciptaan unik mereka pada mesyuarat anjuran Bahagian Bendalir Kimia Persatuan Fizikal Amerika Syarikat.
Ristroph dan Childress, kedua-duanya pelajar Courant Institute di Universiti New York memperkenalkan robot tersebut menerusi ciptaan mereka yang berjudul Robot terbang dan pergerakan seperti obor-obor.
Cabaran utama mencipta robot ini termasuklah bagaimana untuk meniru dan menghasilkan pergerakan sayap yang stabil.
Kami menggunakan lalat sebagai contoh untuk menghasilkan sayap yang stabil dan boleh terbang," kata Ristroph.
Robot kecil itu mempunyai berat hampir dua gram dan panjang 10 sentimeter.
Robot terbang yang masih belum diberi nama itu berfungsi dengan cara mengepak-ngepakkan sayapnya bagi menghasilkan momentum sebelum terbang.
Pergerakan itu dilihat sama seperti pergerakan obor-obor di dalam air.
Sayap robot itu disambungkan dengan motor kecil yang bertindak sebagai enjin penggerak. - AGENSI
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131127/lu_09/2-pelajar-Universiti-New-York-cipta-robot-boleh-terbang#ixzz2lov91Cg1
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment