Pages

Monday, September 16, 2013

Lelaki paling tua di dunia meninggal

Grand Island (New York): Lelaki tertua di dunia yang juga seorang pemuzik dan pelombong arang batu dari barat New York meninggal dunia pada usia 112 tahun.
Salustiano Sanchez-Blazquez meninggal dunia Jumaat lalu di rumah penjagaan orang tua di Grand Island, menurut perunding kanan gerontologi, Robert Young kepada Rekod Dunia Guinness.

Sanchez-Blazquez diiktiraf lelaki tertua di dunia apabila Jiroemon Kimura meninggal dunia 12 Jun lalu pada usia 116 tahun.
Dilahirkan pada 8 Jun, 1901, Sanchez-Blazquez berpindah bersama abangnya Pedro dan sekumpulan rakan ke Cuba ketika berusia 17 tahun, untuk bekerja di ladang tebu.

Dia berkahwin dengan isterinya, Pearl pada 1934.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Rekod Dunia Guiness awal musim panas ini, Sanchez-Blazquez yang nama gelarannya “Shorty” berkata, dia rendah diri dengan pengiktirafan yang diberikan dan berkata tidak mencapai apa-apa kejayaan istimewa hanya kerana hidup lebih lama berbanding orang lain.
Foto
Salustiano Sanchez-Blazquez
Menurut Guinness, individu tertua di dunia kini ialah seorang wanita iaitu Misao Okawa dari Jepun yang berusia 115 tahun.

Individu tertua pernah hidup yang disahkan secara rasmi ialah Jeanne Louise Calment dari Perancis yang meninggal ketika berusia 122 tahun dan 164 hari. - AP

No comments:

Post a Comment