Pages

Monday, August 5, 2013

Kelly Clarkson dihalang bawa pulang cincin Jane Austen

CINCIN milik novelis terkenal Britain, Jane Austen yang dijual pada harga RM739,157 dalam satu acara lelongan tahun lalu.


LONDON - Kerajaan Britain kini dikatakan cuba untuk menghalang penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat (AS), Kelly Clarkson (gambar) daripada membawa keluar sebentuk cincin emas dengan batu berwarna biru dari negara itu.
Cincin itu pernah dimiliki oleh novelis terkenal, Jane Austen. Pemenang pertama pertandingan nyanyian American Idol itu membeli cincin tersebut dalam satu acara lelongan tahun lalu pada harga AS$227,000 (RM739,157).
Menteri Kebudayaan Britain, Ed Vaizey membuat keputusan untuk tidak memberikan lesen import cincin tersebut atas dasar ia mempunyai hubungan rapat dengan sejarah Britain, jelas satu kenyataan daripada Jabatan Budaya, Media dan Sukan Britain.
"Gaya hidup Jane Austen dan kematian awalnya bermakna apa jua barangan yang berkaitan dengannya sangat sukar ditemui.
"Saya harap orang Britain tampil untuk membelinya kembali. Jadi, cincin ini boleh kekal berada di Britain," kata Vaizey.
Cincin berkenaan adalah satu daripada tiga barang kemas yang dimiliki oleh penulis ikonik tersebut. Austen pernah manghasilkan karya-karya hebat seperti Pride and PrejudiceEmma dan Persuasion.
Para pembeli berpotensi mempunyai tempoh sehingga 30 September depan untuk membeli cincin itu yang ditawarkan pada harga AS$232,836 (RM758,160).
Sekiranya tiada siapa yang berminat, lesen import akan diberikan kepada Clarkson selepas 30 Disember 2013. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2b2k9JNCC 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment