Pages

Thursday, August 29, 2013

Gurun paling kering kini bersalji

Foto
SALJI yang menyelubungi gurun Atacama, Chile sejak beberapa hari lalu.
Santiago: Ia dikenali sebagai tempat paling kering di dunia apabila stesen kaji cuaca tidak merekodkan wujud taburan hujan di situ.
Bagaimanapun beberapa hari lalu pengunjung Gurun Atacama di Chile pasti terkejut apabila mendapati ada salji di situ.

Penduduk San Pedro de Atacama yang terletak kira-kira 750 batu dari ibu negara Chile berkata, salji itu adalah yang paling banyak dilihat sejak tiga dekad lalu.
Kini terdapat kebimbangan bahawa pencairan ais dan hujan akan menyebabkan beberapa sungai melimpah sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.

Pejabat pelancongan kebangsaan berkata, jalan menuju ke bandar raya ditutup sementara kerana keadaan cuaca yang tidak menentu itu.

Pihak berkuasa menjangkakan lebih banyak hujan dalam beberapa akan datang, tetapi tiada arahan pemindahan dibuat.

Gurun Atacama yang merentangi dari Chile hingga ke Peru keseluruhannya terbentuk daripada tasik garam, pasir dan lahar falsik serta menerima taburan hujan purata hanya 15 milimeter setahun.

Beberapa kawasan mendapat kurang daripada satu milimeter dan beberapa stesen kaji cuaca melaporkan ada lokasi yang tidak mendapat hujan langsung.
Pada malam hari suhunya boleh merudum hingga serendah -25 darjah Celsius di zon Ollague, manakala pada siang hari suhunya antara 25 hingga 30 darjah Celcius.

Gurun itu menjadi lokasi teleskop terbesar dunia, Atacama Large Millimeter/submillimeter Array. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/08/29

No comments:

Post a Comment