Pages

Saturday, August 10, 2013

Dua beranak ditemui selepas 40 tahun


HO Van Lang kini berusia 41 tahun. Dia dibawa ke dalam hutan oleh bapanya ketika berusia dua tahun.



HO Van Thanh yang berusia 82 tahun dan berada dalam keadaan uzur diusung oleh penduduk kampung untuk diberi rawatan.


BANDAR RAYA HO CHI MINH - Seorang lelaki dan anaknya yang hilang sejak 40 tahun lalu ditemui pada Rabu lalu di sebuah hutan di Vietnam, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.
Lelaki itu, Ho Van Thanh, 82, dan anaknya, Ho Van Lang, 41, menghilangkan diri semasa Vietnam berperang dengan Amerika Syarikat.
Thanh membawa anak lelakinya melarikan diri apabila isteri dan dua anaknya terbunuh dalam letupan bom di rumah mereka di Tra Kem.
Dua beranak itu ditemui beberapa penduduk kampung yang mencari kayu api di dalam hutan di daerah Tay Tra, wilayah Quang Ngai.
Pihak berkuasa pada Rabu lalu mengesahkan mereka berdua sebagai Thanh dan Lang.
Mereka meneruskan hidup dengan hanya memakan buah-buahan, ubi kayu dan jagung yang ditanam.
Thanh dan Lang hanya memakai cawat yang diperbuat daripada kulit pokok dan mereka tinggal di sebuah pondok yang dibina di atas pokok. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2bVrPlgF8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment