Pages

Tuesday, July 23, 2013

Skylon terbang 4 jam ke mana-mana destinasi di dunia

Dua jurutera Reaction Engines giat bekerja untuk membangunkan teknologi sistem enjin pra-pendingin.


LONDON - Sebuah syarikat aeroangkasa di Britain sedang membangunkan pesawat baharu yang mampu sampai ke mana-mana destinasi di dunia dalam masa singkat.
Selain itu, pesawat berteknologi tinggi itu juga boleh terbang ke angkasa lepas.
Firma aeroangkasa Britain, Reaction Engines dikatakan sedang membangunkan sebuah pesawat yang dipercayai mampu membawa para penumpang ke mana-mana sahaja di dunia dalam masa empat jam.
Pihak Reaction Engines berkata, perkara itu mampu dilakukan melalui teknologi sistem pra-pendingin.
Dalam satu rakaman video, Ketua Kejuruteraan Reaction Engines, Alan Bond berkata, udara sejuk itu membolehkan enjin jet mengeluarkan kuasa yang jauh lebih tinggi berbanding sekarang.
"Teknologi ini membolehkan pesawat mencapai lima kali ganda kelajuan bunyi dengan mudah," kata Bond.
Syarikat itu berharap dapat menggunakan teknologi tersebut untuk membina sebuah pesawat yang mampu memuatkan 300 penumpang.
Ia yang dinamakan Skylon, sepanjang 84 meter dan dan dianggar berharga AS$1.1 bilion (RM3.49 bilion).
Pesawat tersebut dijangka melakukan penerbangan pandu uji pada 2019. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2ZpiQASBn 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment