Pages

Tuesday, July 16, 2013

Kebangkitan Islam di Turki

Kebangkitan Islam di Turki
Kebangkitan Islam di Turki

SEPANJANG 11 tahun Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) menguasai Turki, pelbagai kejayaan dibawa oleh penggerak utamanya yang kini dipimpin Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan.

Di bawah pemerintahan AKP juga, ekonomi Turki berkembang di mana hutang Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dilangsaikan, kekayaan negara diagih kepada rakyat, setiap bandar mempunyai universiti dan 206 empangan dibina.

Perubahan itu  dirasai ketika sebelum AKP menguasai Turki apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita hanya AS$3,500 (RM11,000) pada 2002 dan kini mencecah AS$10,000 (RM31,000).
Eksport meningkat AS$36 bilion (RM113 bilion) pada 2002 kepada AS$114 bilion (RM357 bilion) dan dijangka melebihi AS$ 500 bilion (RM1,600 bilion) dalam 2023.

Apa lagi dimahukan penduduk Turki? Mengapa protes dicetuskan aktivis pencinta alam di Gezi Park pada 28 Mei bertukar ganas?

Ramai peneliti bidang pemikiran politik Islam berpendapat, bantahan awam itu luar biasa dalam konteks pembangunan pemikiran politik Islam masa kini. Ia dilihat sebagai  kajian  mengenal pasti keupayaan politik Islam dalam membina hubungan kait antara prinsip Islamisme yang selama ini diamalkan dengan ideologi sekularisme yang sudah sebati dalam pemikiran dan kehidupan masyarakat Turki sekian lama.

Sejarah Gezi Park

Protes di Gezi Park, Dataran Taksim bermula apabila kerajaan berhasrat menukar kawasan itu untuk dikomersialkan. Sejurus dikhabarkan rancangan itu, sekumpulan aktivis alam sekitar berkumpul hingga terpaksa dihalau anggota polis.

Protes bermula dengan hanya membawa agenda ketidakpuasan hati terhadap rancangan kerajaan itu akhirnya merebak apabila kumpulan aktivis berhaluan kiri membawa agenda lain seperti mempersoalkan campur tangan Turki ke atas Syria, isu alkohol, minoriti Kurdis tertindas, bercium di tempat awam hingga mendesak peletakan jawatan Erdogan.

Apa hebatnya Gezi Park ini? Gezi Park  antara destinasi pelancong Eropah ke Turki. Ia dikenali The heart of Istanbul atau The New Paris di mana terdapat pusat beli-belah, hotel mewah, pub dan disko.

Pada era Kerajaan Uthmaniyyah, komuniti Latin Kristian menjadikan tempat ini pusat intelektual dan perdagangan. Mereka terus tinggal di kawasan Taksim sehingga ke hari ini.
Namun, setelah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyyah, barisan anak muda Turki menjadikan tempat itu sebagai lokasi meraikan kejayaan pembentukan negara Republik Turki berasaskan ideologi sekularisme yang disemat Presiden Turki pertama, Mustapa Kamal Ataturk.
Ataturk dianggap musuh Islam kerana meracuni pemikiran penduduk Islam di Turki.
Beliau antara individu bertanggungjawab menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, membunuh ulama Islam dan menukar azan ke bahasa Turki. Beliau tergolong dalam ‘manusia dibenci Islam Islam hingga ke hari ini.

Transformasi

Setelah AKP memerintah Turki pada 2002, dasar sekular Ataturk masih dikekalkan. Erdogan bertindak bijak dengan tidak mahu ideologi itu diubah secara drastik kerana ia sudah sebati dengan rakyat Turki.
Umpama menarik rambut dalam tepung, Erdogan melakukan proses Islamisasi secara perlahan selepas mendapat kepercayaan daripada rakyat melalui pilihan raya dan proses itu dilakukan atas nama hak asasi manusia dan demokrasi.
Beliau bercita-cita mengembalikan kegemilangan Islam sama seperti pemerintahan  pemimpin terulung, Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau mahu rakyat Turki tahu bangsa Turki adalah bangsa paling hebat dan amat digeruni Barat.
Namun, tindakan itu mendapat kecaman golongan haluan kiri apabila dituduh mengkhianati mandat rakyat.

Rancangan Erdogan

Hakikatnya, Turki pada hari ini semakin padat dengan penduduk dan pembangunan. Kehadiran pelancong dan pedagang semakin bertambah kerana kestabilan politik dan ekonomi. Segalanya kejayaan itu adalah atas usaha barisan pentadbiran Erdogan.

Bagi melihat Turki terus berkembang atas dasar Islamisasi, Erdogan berhasrat membina Pusat Ottoman yang suatu ketika dulu pernah dihapuskan oleh Ataturk.

Pembangunan moden Islam itu ingin dimulakan di Dataran Taksim dengan membina laluan bertingkat dengan tingkat pertama dikhususkan untuk pejalan kaki dan tingkat bawah laluan kenderaan.

Ketika pembinaan giat dilakukan, muncul sekumpulan aktivis alam sekitar membantah tindakan yang menebang pokok di kawasan berkenaan hingga tercetusnya keganasan yang luar biasa.

Namun, sebelum itu, Erdogan mengeluarkan kenyataan kehijauan di Dataran Taksim kekal terpelihara.
Tetapi, apa yang berlaku kini, kumpulan aktivis itu sendiri bertindak merosakkan kawasan tersebut dengan menjahanamkan segala kemudahan awam.

No comments:

Post a Comment