Pages

Tuesday, June 4, 2013

Mati Sejurus Selepas Bertaubat

 Kisah Nyata dari Hadis Rasulullah s.a.w

Dalam sebuah hadith riwayat Imam Ahmad dan Turmizi, dikisahkan seorang lelaki bernama Kifli yang gemar berbuat dosa dari kalangan Bani Israil.

Kifli membayar seorang wanita yang disangkanya biasa menjual diri untuk disetubuhi. Ketika hendak disetubuhinya, si wanita menangis lalu menceritakan itulah kali pertama dia berbuat demikian. Dia terpaksa berbuat demikian kerana sedang dalam kesesakan.

Kifli berasa bersalah dan menyesal, lalu melepaskan wanita itu pergi bersama-sama wang yang sudah dibayarnya sebelum itu. Kifli pun bertaubat nasuha. Perbuatan Kifli itu membolehkan dia mendapat keampunan Tuhan.

Ibnu Umar berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah bersabda :
“Adalah Kifli dari Bani Israil. Dia tidak pernah takut mengerjakan dosa. Suatu kali seorang wanita mendatanginya. Kifli membayarnya 60 dinar untuk bersetubuh dengannya. Ketika Kifli telah duduk dalam keadaan seorang suami yang duduk pada isterinya (untuk bersetubuh), wanita itu menangis dan gementar.”

Kifli bertanya: “Apa yang membuat engkau menangis? Adakah aku memaksamu?”
Wanita itu menjawab: “Tidak, akan tetapi ini adalah perbuatan yang tidak pernah aku lakukan. Aku terpaksa melakukannya kali ini tidak lain kecuali kerana terpaksa."

Kifli berkata : “Kamu melakukan ini padahal kamu tidak pernah melakukannya. Pergilah, ambil wang itu untukmu!”
Kifli berkata, 'Tidak, demi Allah, setelah ini aku tidak akan melakukan maksiat selama-lamanya."

Maka Kifli mati pada malam itu. Pada pagi hari tertulis di pintu rumahnya, ''Sesungguhnya Allah telah mengampuni Kifli.'' (Ahmad, Turmizi)


Baca Selengkapnya - Kami SokongTokguru: Mati Sejurus Selepas Bertaubat,Kisah Nyata dari Hadis Rasulullah s.a.w http://ijoks2009.blogspot.com/2013/06/mati-sejurus-selepas-bertaubatkisah.html#ixzz2VCRqRU3w
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook

No comments:

Post a Comment