Pages

Thursday, June 13, 2013

Lelaki berusia 116 tahun meninggal dunia

AFP
FOTO yang dirakam pada 19 April lalu menunjukkan Jiroemon Kimura bercakap dengan isteri cucunya, Eiko ketika menyambut hari kelahiran ke-116 tahun di rumahnya di bandar Kyotango, Kyoto, Jepun.


TOKYO - Lelaki paling tua di dunia, Jiroemon Kimura menghembuskan nafas terakhirnya semalam pada usia 116 tahun.
Kimura yang lahir pada tahun 1897 meninggal dunia di sebuah hospital di bandar Kyotango, Kyoto, Jepun akibat sakit tua.
Dia mula dimasukkan ke hospital pada Mei lalu kerana mengalami pneumonia. Sejak beberapa hari lalu, doktor yang merawatnya memberitahu, keadaan Kimura semakin tenat.
Pada Disember 2012, Kimura diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai manusia tertua di dunia selepas seorang wanita dari Amerika Syarikat yang berumur 115 tahun meninggal dunia.
Kimura turut memecahkan satu lagi rekod apabila dia disahkan sebagai lelaki yang hidup paling lama selepas mencapai usia 115 tahun dan 253 hari.
Lelaki yang bekerja di sebuah pejabat pos selama 40 tahun itu meninggalkan tujuh orang anak, 14 cucu, 25 cicit dan 15 orang piut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0613&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2W2cSpX7K 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment