Pages

Friday, June 28, 2013

Gadis menangis air mata darah


Yaritza Oliva mengejutkan doktor apabila menangis air mata darah. - AGENSI
PURRANQUE, Chile 27 Jun - Seorang gadis di Chile mengejutkan doktor perubatan apabila dia dilaporkan menangis air mata darah.
Yaritza Oliva, 20, memberitahu, keadaan pelik tersebut mula berlaku pada awal bulan ini dan sejak itu matanya boleh mengeluarkan darah beberapa kali dalam tempoh sehari.
Jelasnya, dia cuba mendapatkan rawatan daripada doktor, namun hanya dibekalkan ubat titis mata selepas matanya didapati tidak menghadapi jangkitan.
"Doktor hanya memberi saya ubat mata untuk mengurangkan kesakitan," katanya.
Oliva berkata, setiap kali menangis air mata darah, dia akan merasa terlalu sakit.
Ibu dan bapa gadis itu yang muncul dalam rancangan berita televisyen tempatan, memohon jasa baik orang ramai untuk menderma kepada mereka bagi menampung kos rawatan Oliva.
Berdasarkan keadaannya, Oliva dikatakan mengidap penyakit yang jarang berlaku iaitu haemolacria yang menyebabkan pesakit mengeluarkan air mata darah.
Buat masa ini, hanya ada tiga kes sama dilaporkan, berpunca daripada paras tinggi hormon kesuburan wanita atau mungkin merupakan tanda-tanda penyakit serius dan barah. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130628/lu_06/Gadis-menangis-air-mata-darah#ixzz2XSeVPsQ3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment