Pages

Tuesday, June 18, 2013

Berlatih berjalan atas kabel sejauh 400 meter

AKSI Wallenda ditonton oleh ratusan pengunjung di Florida kelmarin. - REUTERS


SARASOTA - Pelagak ngeri Amerika Syarikat, Nik Wallenda berlatih berjalan di atas kabel di sini, dalam negeri Florida kelmarin.
Aksi berbahaya tersebut disaksikan oleh beratus-ratus penonton.
Wallenda membuat latihan itu sebagai persediaan untuk berjalan merentasi kabel di ngarai Grand Canyon, negeri Arizona pada 23 Jun ini.
Pelagak ngeri itu merupakan pemegang enam rekod dunia berjalan atas kabel.
Pada Ahad ini, dia akan melakukan aksi lagak ngeri paling berbahaya yang belum pernah dilakukannya sebelum ini.
Wallenda, 34, akan berjalan di atas kabel sepanjang 400 meter merentasi sungai Little Colorado pada ketinggian mencecah 460 meter.
Lelaki tersebut merancang melakukan aksi itu tanpa menggunakan peralatan keselamatan seperti abah-abah.
Percubaan itu akan menjadi aksi berjalan di atas kabel paling tinggi bagi Wallenda.
Ketinggian tersebut melebihi bangunan pencakar langit Empire State dengan aksinya akan ditayangkan secara langsung oleh saluran Discovery Channel. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2WWKtOKcy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment