Pages

Sunday, June 2, 2013

Asteroid gergasi melintas bumi

Asteroid gergasi melintas bumi
Imej pertama radar menunjukkan asteroid 1998 QE2 bersama 
bulannya berkedudukan kira-kira 6 juta km dari bumi.
Asteroid gergasi melintas bumi
Kedudukan batu angkasa gergasi sewaktu melintas bumi.
CAPE CANAVERAL - Sebuah asteroid gergasi memiliki bulan sendiri dilaporkan melintasi bumi pada jarak dekat, kelmarin.

Saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa), Paul Chodas berkata, satu siri imej asteroid dinamakan 1998 QE2 berjaya dirakam menggunakan sejenis antena Rangkaian Angkasa Luas di Goldstone, California, Amerika Syarikat.

"Antena menunjukkan asteroid 1998 QE2 merupakan sejenis perduaan. Malah paling menarik ia memiliki bulan sendiri," kata Paul.

Batu angkasa lepas yang dijumpai projek MIT’s Lincoln Near Earth Asteroid Research (LINEAR) pada 19 Ogos 1998, bersaiz sembilan kali ganda lebih besar daripada sebuah kapal persiaran Queen Elizabeth II atau berdiameter 2.7 kilometer (km).

Namun, 1998 QE2 disahkan tidak mengundang bahaya kepada manusia sewaktu melintas bumi.

"Ia mendekati bumi pada pukul 4.59 waktu tempatan dan dijangka berkedudukan selamat daripada sebarang hentaman dengan bumi sekurang-kurangnya pada jarak 5.8 juta km," katanya.

Paul berkata, sejurus menjauhi matahari, 1998 QE2 akan berpatah balik ke luar lingkaran asteroid di orbit yang berhampiran dengan planet musytari.

Bagaimanapun, saintis meramalkan kejadian ini akan berulang 200 tahun akan datang selain 1998 QE2 akan berkedudukan lebih rapat lagi dengan bumi.  - Reuters

No comments:

Post a Comment