Pages

Monday, May 13, 2013

Pengadil tinju beri kemenangan kepada aktres cantik




SI-YOUNG (kanan) menumbuk Da-som pada perlawanan tinju yang diadakan di Chungju, timur laut Seoul pada April lalu.


SEOUL - Seorang pelakon wanita televisyen Korea Selatan, Lee Si-young mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk di negara ini kerana pengadil memberikan kemenangan kepadanya pada satu perlawanan tinju hanya disebabkan kecantikannya.
Pada bulan lalu, Si-young, 31, menewaskan Kim Da-som, 19, dengan kelebihan dua mata pada perlawanan tinju kategori 48 kilogram.
Aktres itu terjun ke dalam dunia tinju sebagai usaha untuk dipilih bagi mewakili Korea Selatan pada Sukan Olimpik yang akan datang.
Dia sebelum ini pernah berlakon dalam siri drama Wild Romance dan Boys Before Flowers.
Aktres itu mula menceburi dunia tinju sejak tahun 2010.
Kemenangan itu menyebabkan Persekutuan Tinju Amatur Korea Selatan (KABF) dituduh memberikan layanan tidak adil kerana membenarkannya menggunakan status selebriti untuk merangsang sokongan kepadanya.
Seorang pengulas politik dan peminat tinju, Byun Hee-jae berkata, perlawanan tinju itu berat sebelah kepada aktres tersebut.
"Negara ini menjadi gila kerana mereka yang cantik diberikan lebih banyak mata dalam perlawanan tinju," katanya di laman Twitter.
Bagaimanapun, seorang pengurus kanan KABF, Choi Hee-kuk berkata, rakaman video menunjukkan Da-som memperoleh mata yang kurang kerana bilangan tumbukannya tidak banyak berbanding aktres tersebut.
"Muka Si-young kelihatan bersih, tidak mempunyai banyak luka atau bengkak," katanya. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2T7MylEJy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment