Pages

Sunday, May 12, 2013

Kereta pertama John Lennon dilelong




FERRARI 33 GT coupe tahun 1965 ini dibeli oleh John Lennon pada harga AS$9,984 selepas lulus ujian memandu pada usia 24 tahun.


LONDON - Kereta pertama penyanyi kumpulan legenda The Beatles, John Lennon (gambar) iaitu sebuah Ferrari 330 GT coupe tahun 1965 akan dilelong pada acara Goodwood Festival of Speed di Chichester, England Julai depan.
Nilai lelongan kereta itu dijangka mencecah AS$337,950 (RM1 juta), kata rumah lelongan Bonhams.
Bintang pop itu membeli Ferrari berwarna biru tersebut selepas lulus ujian memandu pada awal tahun 1965 ketika kumpulan muzik popular Britain tersebut merakamkan lagu hit Ticket to Ride.
Lennon yang pada ketika itu berusia 24 tahun membeli Ferrari tersebut pada harga AS$9,984 (RM29,817). Kereta itu digunakan selama tiga tahun sebelum ia dijual.
Cat biru asal Ferrari itu dikekalkan bersama plat pendaftaran asal. Ia turut dijual bersama dokumen yang membuktikan sejarahnya dengan Lennon.
Jelas Bonhams lagi, Lennon memilih Ferrari berbanding Maserati, Aston Martin dan Jaguar E-types selepas pengedar kereta-kereta mewah tersebut pergi ke rumahnya di selatan England setelah mengetahui penyanyi itu lulus ujian memandu. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2T1a4cxdW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment