Pages

Saturday, May 11, 2013

Castro cuma layak dihukum mati

Foto
ARLENE tidak dapat menahan sebak ketika diwawancara stesen televisyen semalam.
Foto
ELIDA Caraballo menceritakan pelbagai penderitaan dan seksaan dialami kakaknya, Grimilda Figueroa ketika menjadi isteri Castro, semalam.


Cleveland: Seorang daripada anak perempuan kepada lelaki yang dituduh menculik tiga remaja perempuan selama 10 tahun termasuk kawan baiknya sendiri menggesa agar bapanya diberikan hukuman mati, lapor media semalam.

Arlene Castro berkata, bapanya Ariel Castro patut dihukum mati atas apa yang telah dilakukan terhadap tiga wanita terbabit. Pendedahan mengenai pembabitan bapanya dalam kes kehilangan Gina DeJesus memang mengejutkan kerana Arlene dan Gina adalah rakan sekelas dan mereka kawan baik sebelum itu.


Bagi Arlene, hanya hukuman mati layak dan boleh membuat Castro “menderita dengan perbuatannya” kerana mengurung Gina, Amanda Berry dan Michelle Knight sebagai tawanannya selama satu dekad.

Akhbar turut mendedahkan bahawa lima anak Castro berikrar untuk tidak melawatnya di penjara kerana mereka sangat jengkel dengan perbuatannya.



Mereka turut menutup televisyen apabila berita mengenai Castro dipaparkan di skrin kerana berang lelaki itu akan menggunakan mereka sebagai alasan. Gesaan hukuman mati dibuat Castro adalah tanda ketara kemarahannya terhadap bapanya, tetapi turut membayangkan rasa bersalah kerana tidak menyedari perbuatan lelaki itu.


Arlene berjalan pulang ke rumah dari sekolah bersama Gina pada 2004 beberapa detik sebelum kawan baiknya itu hilang.

Polis berkata, Castro kemudian menawarkan untuk menumpangkan Gina pulang, tetapi sebaliknya membawa remaja terbabit ke kediamannya di Cleveland, Ohio di mana mangsa menjadi hamba seksnya selama 10 tahun.

Arlene adalah seorang daripada empat anak dilahirkan isteri pertama Castro, Grimilda Figueroa yang mati tahun lalu selepas dipukul selama bertahun-tahun lelaki terbabit. Castro dan Grimilda tinggal di tingkat dua apartmen ibu bapa Grimilda selama lima tahun mulai 1986.

Satu daripada pintu yang ditutup Castro bagi menjauhkan Grimilda daripada ibu bapa wanita itu masih berkunci selama bertahun-tahun selepas mereka berpindah keluar kerana Castro membawa bersama satu-satu kuncinya, kata kakak ipar Grimilda, Nancy Figueroa.

Castro dan Grimilda atau nama gelarannya Nilda berpindah keluar pada 1992 apabila dia membeli rumah di Seymour Street.

Rumah itu juga menjadi tempat dia mengurung tiga wanita terbabit selama sedekad.

Bapa Grimilda, Ismael Figueroa berkata, dia bersemuka dengan Castro sejurus selepas dia berpindah dengan anak perempuannya kerana mendengar pasangan pengantin baru itu terus bergaduh, tetapi selalu sentiasa dihalang. - Daily Mail

No comments:

Post a Comment