Pages

Saturday, May 18, 2013

Berlian merah milik syarikat Rio akan dijual




JOHNSON melihat sebuah berlian merah terbesar milik syarikat Rio Tinto di Sydney semalam.- AFP


SYDNEY - Gergasi perlombongan, Rio Tinto akan menjual berlian merah terbesar pernah dijumpai di lombongnya di Australia seiring dengan peningkatan permintaan dari Asia untuk batu permata tersebut yang jarang ditemui.
Batu permata seberat 1.56 karat itu, Argyle Phoenix merupakan antara tiga butir berlian merah yang ditawarkan dalam jualan Berlian Argyle Pink.
Jualan kali ini juga unik kerana ia menawarkan tiga butir berlian merah untuk kali pertama dalam tempoh 30 tahun.
"Ia berlian merah paling besar pernah dikeluarkan dari lombong berlian Argyle," kata Pengurus Berlian Argyle Pink, Josephine Johnson.
"Berlian seperti ini belum pernah dilihat dan mungkin tidak akan dapat dilihat lagi," tambahnya.
Jualan tender itu merangkumi 64 butir berlian termasuk 58 batu berlian merah jambu, tiga berlian biru dan tiga berlian merah.
Batu-batu pertama itu dianggarkan berharga antara AS$1 (RM3.02 juta) hingga AS$2 juta (RM6.04 juta) untuk setiap karat.
Lazimnya, nilai sebutir berlian merah jambu adalah sekitar 50 kali ganda lebih tinggi daripada berlian putih. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2Tae2mwkV 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment