Pages

Wednesday, May 15, 2013

Angkasawan selebriti mendarat




MARSHBURN (kanan), Romanenko (tengah) dan Hadfield duduk semasa sesi bergambar selepas mereka selamat mendarat.- AP


MOSCOW - Seorang angkasawan Kanada, Chris Hadfield yang membuat rakaman muzik video di dalam Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISSA) telah kembali ke bumi bersama dua angkasawan lain semalam.
Sebelum ini Hadfield menjadi selebriti dunia menerusi laman Twitter miliknya selepas dia merakamkan gambar dan aksinya di dalam ISS.
Hadfield selamat mendarat di kawasan padang rumput di Kazakhstan bersama seorang angkasawan Amerika Syarikat, Tom Marshburn dan seorang lagi dari Rusia, Roman Romanenko.
Mereka menaiki kapsul Rusia, Soyuz-TMA yang berlepas dari ISS pada awal pagi semalam.
Stesen televisyen Rusia turut menyiarkan pendaratan kapsul Soyuz itu.
Ketiga-tiga angkasawan itu kemudiannya dikeluarkan dari kapsul oleh anggota-anggota pasukan penyelamat.
Ketika berada di ISS, Hadfield membuat rakaman muzik video yang menunjukkan dia bermain gitar dengan menyanyi lagu David Bowie yang berjudul Space Oddity.
Rakaman itu juga disiarkan di laman YouTube. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0515&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2TJ3vWJ90 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment