Dorian Gray adalah seorang lelaki inggeris yang kaya. Dia tinggal di kota London semasa zaman victoria. Seperti lelaki-lelaki lain dia gemarkan seni dan wanita-wanita cantik. Tapi nasibnya baik, Dorian bukan sahaja kaya tetapi kacak, matanya berwarna biru cerah dan rambutnya pula perang keemasan. Wajahnya yang tampan menyebabkan ramai wanita yang tergila-gilakannya.
Disebabkan ketampanannya, seorang pelukis potret terkenal, Basil Hallward terlalu ingin mengabadikan wajah jejaka tampan itu dalam lukisannya. Bagaimanapun permintaan tersebut ditolak. Setelah puas dipujuk, barulah Dorian bersetuju dengan permintaan Basil. Tapi sebaik saja melihat potret wajahnya yang telah siap, dia cuba memusnahkannya.
Lukisan itu terlalu indah sehinggakan Dorian tidak dapat menerima kenyataan. Menurutnya dia akan tua dan hodoh manakala potretnya akan terus mudan dan tampan. Basil berhasil melarangnya dan berjaya agar menggantungkan potret itu di dalam perpustakaan rumahnya.
Beberapa hari kemudian, beberapa kejadian ganjil telah berlaku. Kelakuan Dorian mula berubah. Dia memutuskan pertunangannya dengan seorang pelakon, Sybil Vane. Lama kelamaan perangainya semakin buruk. Bekas tunangnya yang terlalu kecewa membunuh diri dengan meminum racun.
Sehari selepas kematian tunangnya, Dorian masuk ke perpustakaan. Dia ternampak kedut-kedut halus muncul di sekeliling mulut pada potretnya. Tapi wajahnya tetap tampan seperti biasa. Melihatkan kejadian aneh itu, Dorian mengalihkan potretnya ke sebuah bilik di tingkat atas. Disana tiada orang yang akan melihat potretnya yang semakin hari semakin hodoh dan menyeramkan.
Tahun demi tahun berlalu, kisah mengenai kelakuan buruknya semakin tersebar di kota London. Tapi mereka amat terperanjat melihat wajah Dorian yang masih tampan dan tidak sedikitpun berubah.
Satu hari, pelukis potretnya, Basil telah berkunjung kerumahnya untuk melihat lukisan itu. Bagaimanapun Dorian enggan membenarkannya. Tanpa pengetahuan Dorian, Basil berjaya mencuri lihat potret lukisannya. Tapi dia begitu terperanjat apabila melihat didalam potret itu ialah wajaha seorang lelaki tua.
Tiba-tiba Dorian masuk ke bilik itu dan menyalahkan Basil kerana melukis potret yang sangat indah daripada wajahnya yang sebenar. Akibat terlalu marah, dia menikam Basil dan tidak semena-mena lukisan potret tangannya berlumuran darah. Selepas kejadian itu Dorian masih meneruskan kelakuan buruknya sehinggalah satu ketika dia jatuh cinta dengan seorang gadis jelita yang baik hati. Dia bertekad untuk kembali ke pangkal jalan.
Memikirkan potret itu mungkin boleh membuka lembaran baru dalam hidupnya, Dorian merenung potret wajahnya. Tapi apa yang dilihatnya adalah hanyalah wajah bengis sementara darah ditangan lebih merah daripada biasa,
Melihatkan keadaan itu Dorian menikam potret itu bertubi-tubi dengan pisau yang digunakan untuk membunuh Basil. Dia yakin dengan menikam potretnya itu, dia boleh memusnahkan kisah silamnya dan memulakan lembaran baru dalam hidupnya. Apa yang berlaku seterusnya tidak diketahui.
Selepas beberapa hari Dorian tidak muncul, pembantu rumahnya mula mencari, sebaik sahaja masuk ke biliknya, seorang lelaki tua dan hodoh ditemui mati dengan pisau tertusuk didadanya.
Lelaki berkenaan dikenali sebagai Dorian daripada cincin yang dipakainya. Dan diatas mayat tergantung potret Dorian Gray – muda, kacak dan tersenyum riang.
Gambar hiasan

Dorian Gray is a 2009 British fantasy-thriller drama film based on Oscar Wilde's 1890
ReplyDelete