Pages

Tuesday, April 9, 2013

Lelaki Ini Menderita Akibat Jilatan Serigala

Ngeri! Lelaki Ini Menderita Akibat Jilatan Serigala | Haiwan seperti serigala bagi kita mungkin ia agak asing kerana ia bukan mudah ditemui seperti anjing dan kucing. Selain itu, serigala juga turut dikaitkan dengan serigala jadian yang akan muncul pada waktu malam bulan mengambang. Biarpun ia seakan cerita khayalan, serigala juga boleh dianggap merbahaya. Kami  ingin berkongsi dengan anda tentang penderitaan seorang lelaki yang dikatakan menghidap penyakit misteri selepas dijilat oleh seekor serigala. Mengapa boleh jadi begitu?
Di Guizhou China, seorang lelaki berusia 64 tahun kelihatan mempunyai gigi seperti tumbuh diluar bibirnya malah bahagian bibir atasnya juga kelihatan hilang. Berdasarkan kisahnya, lelaki tersebut pernah mendaki gunung ketika berusia 11 tahun dan terserempak dengan seekor serigala. Serigala tersebut tidak menjadikannya makanan tetapi hanya menjilat bibirnya.
Atas insiden itu, dia dipercayai terkena jangkitan penyakit dan terpaksa mendapatkan rawatan. Kesannya adalah seperti mana yang berlaku padanya hari ini. Keadaan mulutnya yang sebegitu menyukarkan kehidupan sehariannya seperti untuk makan atau bercakap dengan orang ramai.
Sumber Kisahbest.my

No comments:

Post a Comment