Pages

Friday, April 12, 2013

Lelaki curi makan untuk hidup ditangkap di AS




GAMBAR khemah yang menjadi tempat tinggal Knight dekat bandar Rome disiarkan polis selepas dia ditangkap.- REUTERS


ROME, Maine - Seorang lelaki, Christopher Knight yang hidup dalam khemah selama beberapa dekad di dalam hutan dekat sini dan melakukan lebih 1,000 perbuatan mencuri untuk mendapatkan makanan akhirnya ditangkap di sebuah kem, kata pihak berkuasa di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Knight, 47, ditangkap pada 4 April lalu semasa perbuatannya memecah masuk dan mencuri makanan di sebuah kem untuk golongan kurang upaya di sini dirakamkan menerusi sebuah kamera pemantauan.
Lelaki tersebut mengaku kepada polis bahawa dia bertanggungjawab melakukan lebih 1,000 perbuatan mencuri sejak bertahun-tahun lalu.
Bagaimanapun, Knight menyatakan, dia hanya mengambil barang-barang yang diperlukan bagi membolehkannya meneruskan kehidupan.
Seorang anggota polis di negeri Maine, Diane Perkins-Vance berkata, Knight memberitahu, dia tinggal di dalam hutan sejak tahun 1986.
Menurutnya, lelaki tersebut mengaku dia tidak pernah berkomunikasi dengan manusia sejak pertengahan tahun 1990-an.
Knight kini ditahan atas dakwaan mencuri di Penjara Kennebec, Maine dengan ikat jamin sebanyak AS$5,000 (RM15,174), lapor akhbar Portland Herald Press. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2QCAgzb6B 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment