Pages

Wednesday, April 3, 2013

Korea Utara rancang hidupkan operasi reaktor nuklear

GAMBAR fail menunjukkan menara penyejukan loji nuklear
 milik Korea Utara yang dimusnahkan di Yongbyon pada 27 Jun 2008.
SEOUL - Korea Utara merancang untuk menghidupkan semula operasi reaktor nuklearnya di kompleks Yongbyon, menurut satu laporan media semalam.
Reaktor nuklear itu akan digunakan untuk mengeluarkan plutonium untuk menghasilkan senjata nuklear.
Bangunan kompleks itu terletak di barat laut negara itu akan beroperasi dengan segera, menurut Jabatan Awam Tenaga Atom Korea Utara.
Reaktor itu ditutup pada tahun 2007 selepas perbincangan antarabangsa yang melibatkan enam pihak berhubung isu Korea Utara diadakan.
Sebuah menara penyejukan di kompleks nuklear Yongbyon sebelum ini pernah dimusnahkan pada 27 Jun 2008.
Perbincangan itu turut melibatkan Amerika Syarikat (AS), China, Rusia dan Jepun bagi menamatkan program senjata nuklear Korea Utara yang telah terhenti sejak 2009.
Keputusan menghidupkan semula operasi reaktor itu dibuat ketika ketegangan berlaku antara Korea Utara, Korea Selatan dan AS.
Ketegangan tercetus sebelum ini selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan barang mewah ke atas Korea Utara selepas ia melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.
Tentera AS turut menghantar beberapa pesawat kalis radar seperti F-22 Raptor dan pesawat pengebom nuklear B-2 Stealth ke Korea Selatan untuk menunjukkan ia sanggup mempertahankan negara tersebut jika diserang Korea Utara.
Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un yang berusia dalam lingkungan 30-an selepas bapanya, Kim Jong-il meninggal dunia pada April tahun lalu turut mengancam untuk melancarkan serangan nuklear ke atas AS dan pangkalan tenteranya. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0403&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2PN6RqKpk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment