Pages

Saturday, April 27, 2013

Kapal angkasa kargo mendarat di ISS


MOSCOW - Sebuah kapal angkasa yang membawa kargo selamat berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kelmarin selepas ia mengalami masalah antena semasa berlepas, kata misi kawalan Rusia dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).
Kosmonaut Rusia, Roman Romanenko dan Pavel Vinogradov memberitahu, kapal angkasa tanpa manusia itu mengambil masa 10 minit untuk berlabuh di ISS pada pukul 8.25 pagi waktu Malaysia.
"Kami menyaksikan pendaratan kapal angkasa Progress di ISS," kata seorang komentator NASA.
Perkembangan tersebut berlaku ketika ISS melintasi langit negara Kazakhstan.
Kapal angkasa Progress dilancarkan pada Rabu lepas dan mengambil masa dua hari untuk sampai ke ISS.
Progress membawa 2 tan kargo termasuk bahan api, oksigen dan air, buku, buah-buahan serta makanan yang ditempah khas untuk kru ISS. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0427&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm#ixzz2RcSDKt9K 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment