Pages

Sunday, April 14, 2013

Jepun dilanda gempa bumi 6.3 pada skala Richter




SEKEPING dinding konkrit runtuh di bandar Awaji, wilayah Hyogo selepas dilanda gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter dan mencederakan kira-kira 24 orang.


TOKYO - Gempa bumi sekuat 6.3 pada skala Richter yang melanda wilayah barat Jepun semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang cedera dan memusnahkan beberapa buah rumah.
Agensi meteorologikal Jepun bagaimanapun menyatakan, gempa tersebut tidak mencetuskan risiko berlakunya tsunami.
Gempa berlaku pada pukul 5.33 pagi berhampiran pulau Awaji, bandar Kobe dengan fokus kedalamannya mencecah 15 kilometer.
Ini merupakan gempa paling kuat yang melanda wilayah Hyogo sejak tahun 1995 apabila gempa sekuat 7.0 pada skala Richter memusnahkan bandar pelabuhan Kobe dan membunuh lebih 6,000 orang penduduknya.
Seorang wanita berusia 82 tahun di wilayah Fukui patah kaki selepas terjatuh. Sementara seorang lagi wanita berumur 74 tahun dari Hyogo mengalami patah tulang pinggul. Walaupun ramai cedera, kemusnahan yang berlaku adalah minimum.
Perkhidmatan kereta api telah dihentikan untuk pemeriksaan keselamatan, manakala lapangan terbang Kansai di Teluk Osaka pula ditutup buat sementara waktu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2QNqwG0YM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment