Pages

Sunday, April 21, 2013

Gempa gegar Sichuan

Foto
Kira-kira 2,000 tentera digerakkan ke kawasan bencana untuk membantu usaha menyelamat.
Beijing: Satu gempa bumi sekuat 6.6 magnitud melanda wilayah Sichuan, barat daya China semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 113 orang dan kira-kira 3,000 lagi cedera.
Gempa terjadi pada jam 8.02 minit di daerah Lushan, dekat bandar Ya’an, manakala pusat gegaran terletak 12 kilometer di dalam tanah.

Berdasarkan kenyataan pengguna perkhidmatan blog mikro Sina Weibo, gegaran itu turut dirasai penduduk di wilayah berhampiran dan di ibu negeri Chengdu.
Ribuan orang terpaksa bergegas meninggalkan bangunan ke tempat lapang untuk menyelamatkan diri.

Agensi berita Xinhua melaporkan, 113 orang disahkan mati dan daripada kira-kira 3,000 yang cedera, lebih 150 orang parah sementara sekurang-kurangnya 10,000 rumah musnah.

Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang berkata, semua usaha perlu ditumpukan untuk menyelamatkan mangsa serta mengelak lebih ramai terkorban.


Stesen televisyen kerajaan pula berkata, hanya kenderaan kecemasan dibenarkan masuk ke Ya’an walaupun lapangan terbang Chengdu kini dibuka semula. Kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah di Lushan. Xinhua melaporkan, penyelamat menarik keluar 27 mangsa yang masih hidup dari runtuhan bangunan.
Seorang penduduk Chengdu berkata, dia berada di tingkat 13 sebuah bangunan apabila gempa berlaku.

“Bangunan itu bergoyang kira-kira 20 saat dan saya nampak banyak jubin jatuh dari bangunan sebelah,” katanya.

Bandar raya Ya’an didiami 1.5 juta orang dan dianggap satu daripada tempat lahirnya budaya teh China serta pusat perlindungan panda. - Reuters

No comments:

Post a Comment