Pages

Friday, April 12, 2013

AS tempatkan radar canggih



GAMBAR fail menunjukkan radar SBX (dalam bulatan) milik tentera Amerika Syarikat.- AFP


WASHINGTON - Sebuah radar berkuasa tinggi milik tentera Amerika Syarikat (AS) kini berada di laut untuk mengesan pelancaran peluru berpandu Korea Utara, menurut seorang pegawai kanan pertahanan AS.
Radar SBX itu mirip sebiji bola golf gergasi itu boleh mengesan peluru berpandu yang dilancarkan rejim Pyongyang.
Radar terapung itu terletak di atas platform yang sama seperti pelantar minyak.
Lokasi radar tersebut tidak didedahkan.
Ketinggian radar itu ialah 85 meter dan ia boleh mengesan peluru berpandu pada jarak 2,000 kilometer.
Tentera AS dan Korea Selatan kini dalam keadaan berjaga-jaga dan menjangkakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu miliknya sebelum 15 April ini iaitu sempena sambutan hari kelahiran bekas pengasas negara itu, Kim Il-sung.
Korea Utara yang merupakan sebuah negara komunis sebelum ini turut meminta semua warga asing di Korea Selatan meninggalkan negara itu kerana mendakwa perang nuklear akan berlaku.
Ketegangan di Semenanjung Korea semakin memuncak selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaksanakan sekatan pengimportan barang mewah dan perpindahan wang tunai untuk tujuan program nuklear ke atas Korea Utara pada Mac lalu.
Sekatan itu dibuat setelah Korea Utara yang dipimpin Kim Jong-un berusia dalam lingkungan 30-an telah melancarkan ujian nuklear ketiga pada Februari lalu.
Beberapa pesawat kalis radar milik AS turut ditempatkan di Korea Selatan bagi menghadapi serangan dari Korea Utara.
Tentera Korea Selatan turut menempatkan pelancar peluru berpandu Patriot di beberapa kawasan di Seoul sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi serangan dari Korea Utara.- Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2QC9ZIcHs 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment