Pages

Wednesday, April 10, 2013

Amerika Syarikat tempatkan senjata laser



Amerika akan menempatkan senjata pancaran laser di atas kapal-kapal perangnya bagi melumpuhkan operasi kapal musuh. - AGENSI
WASHINGTON 9 April - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), semalam mengumumkan bahawa mereka akan menempatkan senjata pancaran laser di atas kapal-kapal perang mereka yang berupaya menembak jatuh drone (pesawat tanpa juruterbang) dan melumpuhkan operasi kapal musuh.
Jurucakap Pejabat Penyelidikan Tentera Laut bagi Program Teknologi Laser Negara, Peter Morrison menyifatkan senjata tersebut sebagai senjata masa depan yang boleh digunakan untuk meningkatkan tahap keselamatan negara.
"Senjata laser itu menggunakan elektrik, maka ia boleh menembak selagi ada sumber elektrik," katanya.
Ketua Penyelidikan Tentera Laut, Laksamana Muda Mathhew Klunder pula berkata, senjata itu lebih menjimatkan biarpun menggunakan tenaga elektrik.
"Berbanding senjata perang lain seperti peluru berpandu, senjata laser ini lebih menjimatkan apabila ia hanya melibatkan kos serendah AS$1 (RM3.1) bagi setiap satu tembakan yang dilepaskan," ujarnya.
Senjata laser itu yang dianggarkan menelan kos antara AS$31 juta dan AS$32 juta (RM96.1 juta hingga RM99.2 juta) akan dipasang di atas kapal perang USS Ponce yang digunakan sebagai pangkalan terapung di Asia Barat bermula pada Oktober 2014.
Perkhidmatan Kajian Kongres melaporkan, pancaran laser mungkin tidak akan berfungsi dengan baik dalam keadaan cuaca buruk, selain boleh mendatangkan bahaya kepada pesawat dan satelit. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130410/lu_06/Amerika-Syarikat-tempatkan-senjata-laser#ixzz2Q4jx3asY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment