Pages

Monday, March 4, 2013

Ular disangka penyamun


Ular disangka penyamun
Najmi mengangkat ular sawa yang ditembak penduduk kampung selepas membaham haiwan ternakan mereka.
LAMBOR KANAN, Perak - Dua pekerja warga Indonesia terkejut apabila bunyi bising dari arah belakang kediaman mereka yang disangka angkara penyamun, rupanya tindakan agresif seekor ular sawa sedang membaham lima ekor ayam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, sebanyak lima ekor ayam dibaham ular berkenaan di Kampung Tanjung Batu 16, Kampung Tua, di sini.

Seorang penduduk, Najmi Abdul Aziz, 18, berkata, pekerja berkenaan terjaga dari tidur dan segera memeriksa keadaan rumah mereka kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing sebelum menemui ular sepanjang lapan meter itu di reban berkenaan.

Menurutnya, dua pekerja itu bertindak untuk menangkap ular berkenaan, namun beberapa kali gagal sebelum dapat menjerut kepala ular itu.

"Dengan tertangkapnya ular itu menjawab misteri penduduk di kampung yang sebelum ini sering mengalami kehilangan haiwan ternakan.

“Sebelum ini penduduk sering mengadu haiwan ternakan mereka dimakan ular, tetapi tidak dapat menangkap binatang liar itu, sebelum ini ular sama juga dikatakan membaham dua anak anjing,” katanya.

No comments:

Post a Comment