Pages

Tuesday, March 12, 2013

Saudi kekal haram pekerja Thai



Bangkok: Pengharaman Arab Saudi terhadap pekerja warga Thai di negara itu dikekalkan apabila Kementerian Luarnya menolak permohonan Kementerian Buruh untuk menyambung semula pengambilan pembantu rumah dari Thailand.

Hubungan diplomatik antara Bangkok dengan Riyadh sudah terjejas teruk akibat kes ‘berlian biru’ pada 1989 apabila seorang tukang cuci warga Thai di istana Putera Faisal di Riyadh mencuri hampir 100 kilogram barang kemas, termasuk sebutir berlian biru.


Hubungan bertambah teruk dengan kes pembunuhan empat diplomat Saudi di Bangkok pada 1989 dan 1990 dan kehilangan warga negara itu, Mohammad al-Ruwaili yang menetap di Thailand ketika itu.

Akhbar Bangkok Post memetik laporan Saudi Gazette bahawa Kementerian Dalam Negeri Saudi mengekalkan pengharaman pengambilan pekerja Thai di negara itu dan menolak permohonan Kementerian Buruh untuk membatalkannya.


Arab Saudi berdepan dengan beberapa masalah kekurangan pekerja domestik akibat sekatan yang dikenakan oleh beberapa negara lain.


Sri Lanka mula mengambil langkah secara berperingkat untuk melarang warganya bekerja sebagai pembantu rumah di negara itu selepas seorang rakyatnya menjalani hukuman pancung ekoran kematian bayi dibawah jagaannya. Indonesia juga melarang penduduknya bekerja sebagai amah di Saudi pada 2011 selepas seorang pekerja negara itu dipancung setelah didapati bersalah membunuh majikannya. - Bangkok Post

No comments:

Post a Comment